Sunday, 14 June 2015

Apa Kaitan Kejayaan Dengan Waktu Tidur ?

Assalamualaikum dan bismillahirrahmanirrahim…

Apa khabo suma sihat ke ?
Ramadhan dah semakin hampir apa aktiviti yang anda semua rancang?
Xkan nak tido ja kan dalam bulan puasa ni, x syok la kalau macam tu. Abang kakak sekalian kena la kuat. Kalau kita nak berjaya kenalah gentle dalam bulan Ramadhan ya .

Hmmm saya ada benda nak share ni, x salah kalau kita nak tido di siang hari dalam bulan Ramadhan ni tapi kita kena la tahu waktu bila yang sesuai untuk kita tido tu. Kalau silap pilih masa dia akan kot lain pulak hahaha.



Tau dak abang kakak sekalian yang ada tiga jenis tido di siang hari yang perlu kita peka dengan kesan dan akibatnya.Tuhan ciptakan malam supaya manusia berehat dan bangun bekerja pada siang hari tapi bukan bermaksud kita ni x leh nak tido siang. Ada waktunya yang kita perlu pilih. Nak bejaya pown ada kena mengena dengan tido ka ? 

Apa Kaitan Kejayaan Dengan Waktu Tidur ?

hahahah…memang ada bro.

Waktu tidur dan kesan  bagi orang yang berjaya :
  • Hailulah  (Tidur selepas solat Subuh)

Waktu tido ni tidak baik untuk kita sebagai umat Islam sudah diperingatkan yang tido selepas subuh ni ada kesan yang yang x baik untuk kita.

Kesannya kepada kita ialah rezeki yang telah ditetapkan kepada insan yang tido tu akan terhijab serta tidak dimurahkan rezeki. Hal ni kalau abang kakak suma nak tau orang yang pergi memancing ikan pada waktu pagi lebih senang nak dapat ikan berbanding yang bangon tengah hari terpacak pastu nak p memancing. Memang x la ikan tu nak makan kan, ikan tu dah cari makan awal pagi lagi.



So, kat sini kita yang mana student tu kalau cuti cuba2 lah jangan tido selepas subuh. Buat la apa yang patut baca buku ka InsyaAllah senang masuk. Rezeki yang dicakapkan tu bukan lah duit atau makanan semata2. Tapi ilmu tu pown dikira ilmu tau.

  • Qoilulah (tidur sekejap sebelum solat Zohor 30 minit – 1 jam

Inilah waktu tidur yang elok lah bagi suma orang yang mana nak buat kerja pada waktu malam tu sebab waktu tido nip own diamalkan oleh para Sahabat dulu sebab nak kumpul tenaga depa untuk beribadat pada waktu malam nanti.

So, waktu nilah kalau abang kakak nak tido waktu siang macam ni. Benda terbukti yang orang yang tido sekejap dalam waktu zohor lebih cenderung untuk buat banyak keja pada waktu malam sebab badan kita automatic akan cergas balik kalau kita luangkan masa untuk pada waktu ni.

  • A'ilulah (tidur selepas solat Asar)

Ohhh, yang ni memang cukup bahaya bagi yang sedang mengamalkan tido macam ni. Dalam banyak2 waktu, waktu ni la mata memang senang nak pejam kalau yang x beriadah. So, buang la tabiat ni cebab tabiat ni akan makan diri kita balik.

Kesan bagi yang duk amalkannya ialah dia mudah diserang penyakit dan mudah gelisah jiwa dan mental, hati dan perasaan. Korang perasan x yang bila kita tido petang pastu bangun magrib, tetiba ja kita blurr sekejap. Pernah x jadi macam tu haaaa, sebab otak kita x dapat proses dengan laju. So, sebab ni la yang menjadikan otak seseorang tu elmbab kalau duk amalkan tida macam ni. Orang yang selalu amalkan tido macam ni selalunya cepat jadi pemarah, panas baran n badan lemah serta senang kena penyakit.

So, nasihat saya ni kalau nak tido sangat tu tunggu lah waktu malam ka atau waktu zohor tadi ka sebab waktu ni amat dilarang tido. Inilah salah satu amalan daripada orang yang BERJAYA dan SIHAT

Ok lah ini saja yang dapat saya nak kongsikan dengan abang kakak sekalian…

Thankz ya kalau dah terbaca sampai habis…walau x semenarik mana macam entry abang kakak sekalian kan…


Assalamualaikum….

No comments:

Post a Comment