Assalamualaikum dan bismillahirrahmanirrahim…
Hi semua, dah puas bercuti ke belom?
Mestilah puaskan dah panjang berjela cuti tu. Yang mana yang
nak bela lemak dalam perut tu mesti dah tercapaikan azamnya…hahahah…mana x nya
asyik makan tido ja pastu yang pi jejalan dengan keluarga tu mesti best kan.
Kali ni saya nak cerita cikit apa yang saya buat waktu cuti
walaupun x sehebat kakak n abang sekalian. Cuti saya kali ni banyak
menghabiskan masa dengan khidmat masyarakat ckit yang mana khidmat ini ada
upahnya ckit hahahaha.
Apa yang saya buat tu? Hmmmm…
- Khidmat membersihkan halaman rumah yang dah
macam hutan, semak samun, paya bakau.
Khidmat ini amat diperlukan bagi menceriakan lagi halaman
rumahku yang dah lama terbiar. Kalau tengok dah macam apa tah nak cakap dengan
rumput ada yang panjang pendek dan botak pown ada. Ish, memang x ceria langsung
lah kalau tengok. So terdetik dalam hati saya nak buat pahala cikit dengan
menebas rumput yang dah menguasai ruangan halaman rumahku itu.
 |
| Ni lah gambar hutan tropika tu... |
 |
| Nilah gambar semasa melakukan tugas ( nampak macam pesawa kan )…ramai kawan cakap ada bakat nak jadi pesawah ni… |
 |
Ehem2…ni lah hasilnya, OK la tu x payah nak lebih2 hahahah...
|
So, berakhirlah khidmat pertama ku…
1
- Khidmat sebagai Catering di majlis kenduri
bersama sepupu.
Fuhhh, khidmat ni ada yang letih dan ada yang best dan ada juga
yang tak sangka. Hal yang letihnya mestilah kena angkat meja , kerusi , jaga
budak2 kecik yang asyik kacau orang yang nak buat keja.
Tapi kekadang budak
kecik ni depa baik jugak tolong kami ni buat keja contohnya macam urut badan
kami bila dah kami dah habis kemas barang2 majlis kenduri tu…hahaha…sapa suruh
kacau orang buat keja tadi, kan kena balik.
 |
| nampak x tukang urut tiga orang tu... |
Hal yang bestnya dalam majlis ni mestilah dapat sembunyi
lauk yang sedap2 tu. Hahahaha, penat tau angkat meja tadi so kami perlukan
recharge tenaga kami kembali ambil lauk yang sedap2 tu hahahah.
 |
| Tudia lauk kenduri tu….sapa kata aku x reti masak, habaq mai... |
Tapi dalam buat keja tu x sangka ada satu masa
tu sepupu belah ayah kepada abang kepada ayah yang kami x penah pown ada datang
dan x sangka la dapat kenal dengan depa. Dapat la rapatkan hubungan sillaturrahim cikit kan. Tapi yang pelik nya sebelum ni x
penah nampak pown muka depa ni tetiba mak saya cakap yang depa ni saudara
terdekat saya. Waktu 2 percaya sajalah nak buat macam mana kan.
So, pengajaran kat sini kita pergilah kenduri kalau2 ada
orang jemput dan bukannya apa. Ini untuk kita kenal la sapa yang datang tu dan
dapat la wujudkan ikatan ukhwah dengan depa kan.
1
- Khidmat sebagai peserta rombongan keluarga ke Perak.
Hahahah… khidmat yang ni best, sebab jadi peserta ikut
rombongan pi Perak. Khidmat ni just perlu masuk duduk dalam keta dan tido.
Pastu bila sampai ke destinasi dan enjoy…hahaha…sebab tu best.
Banyak tempat saya saya dan keluarga saya pi kat perak tu,
tapi tujuan utama ialah melawat rumah abang saya kat Bidor,Perak.
 |
| Ni lah rumah abang saya…besar kan |
 |
Bila zoom jauh ckit, nak amekau dalam kelapa sawit rupanya.
|
Abang saya kerja sebagai Assistant Manager bahagian pengurusan Ladang Kelapa
Sawit…sebab tu syarikat bagi rumah dalam hutan ni. Terpaksa la dia duduk sebab
kerja kan.
Next destination saya ialah pergi ke Taman Tema kolam air
panas yang mana tidak jauh dari tempat tinggal abang saya tu.di sana saya
menikmati rendaman badan ke dalam kolam air panas dengan penuh kusyuk.
 |
| Iron man tengah memanaskan badan… |
Lepas panaskan badan tetiba ja perut ni mengaum kelaparan.
So, saya pergilah memasak telur rebus dalam kolam air panas tu untuk santapan
pada masa tu. Tapi bukan lah dalam kolam rendaman badan tu, jangan salah
sangka.
 |
| Ni dia tempat yang disediakan untuk rebus telur tu..menarikkan... |
Habis saja makan tu saya pergi la pulak sambung main air
tapi ni bukan nak rendam2 dah. Layan air terjun pulak. Berenang ke sana- sini,
lompat sana-sini dekat situ. Maklumlah dah telan telur enam biji tadi, macam
mana tak Hiper active.
 |
Tudia yang baju hitam tersengeh-sengeh sorang2 tu
|
Selepas dua jam
berhempas pulas dalam Taman Tema tu saya pown berangkat pulang.Tapi……
Saya tak balik lagi, saya dan keluarga singgah lunch di
Restoran di Tepian Sungai namanya. Pelik juga tapi memang betul2 di sebelah
Sungai Perak. Di sana dihidangkan dengan hidangan Udang galah yang segar dan
baru diangkat dari sungai Perak itu sendiri. Udang di situ memang tip top la
dan masakan di sana ada macam jenis ( masak berlada, kari, tomyam, cheese ,
goreng ,lemak dengan bahan utamanya udang galah. Kalau rasa2 nak cuba datang
lah rasa…heheheh
Sslllrrrppppppppp….dap nya
Selapas tu barulah saya sekeluarga pulang kerumah untuk
beristirehat.
Setakat inilah percutian saya yang dapat saya kongsikan
dengan anda semua dan sesapa yang nak kongsi maklumat percutian dengan saya
boleh lah send2 link blog ke ataupown laman web korang di email saya akmalfahmi950213@yahoo.com
ataupown di Google+
InsyaAllah saya baca blog korang, kita kongsi2 lah cerita ye
Assalamualaikum dan Thank ye.