Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Salam Jootawan
Kedua dua peniaga ini boleh buat duit,boleh kaya,
tetapi yang peniaga kedua akan lebih “relax” berbanding yang pertama
- Self employed
Self employed ini adalah mereka yang bekerja sendiri
atau ada membuka bisnes sendiri.Sebagai contoh membuka kedai makan,membuka bengkel “repair” motosikal atau membuka kedai jahit.
Bisnes seperti ini,akan diuruskan oleh anda dan hanya anda seorang.hanya anda boleh masak masakan yang sedap,yang boleh baiki motosikal tau hanya anda yang boleh menjahit .
Bayangkan kalau anda sakit,
siapakah yang akan Masak?
yang akan baiki motosikal atau menjahit??
Sebab itu peniaga jenis ini,
perlu cepat-cepat tukarkan peniagaan mereka menjadi yang kedua ini
- Business Owner
Business owner ini adalah mereka yang meniaga secara sistematik
Mempunyai sistem pengurusan yang teratur
Ada staf yang boleh menguruskan perniagaan.
Jadinya,anda datang atau tidak ke pejabat atau premis perniagaan,bisnes anda akan tetap berjalan tanpa masalah
Jadi,peniaga yang masih berada dalam jenis yang pertam,perlu cepat cepat tukarkan bisnes anda kepada jenis yang kedua.Supaya anda tak perlu BERNIAGA SAMPAI TUA
Make your Choice...heheheheeh
bye....thank sebab sudi baca...
Assalamualaikum...
