Hi, Assalamualaikum wbt semua gembira la jugak kerana sudi baca tentang diri yang biasa2 ni..hehehhehe..
hmm, saya xnk mengarut lebih2 sangat nanti ke mana pown x tawu kalau aku saya cita lebih2...
Nama penuh saya akmal fahmi boleh la panggil saya akmal atau akmal jr lebih gempakkan hahaha bukannya apa, saya ni peminat neymar sebenarnya sebab tu la ada (jr) kat belakang nama tu hahaha....
Saya asalnya dilahirkan di Alor Setar, Kedah sebab tu la saya cakap ni ada loghat Kedah cikit. Saya dibesarkan oleh ibu bapa saya dengan penuh kasih sayang yang tak berbela bahagi semasa kecik tapi sebenarnya saya diasuh oleh nenek saya waktu umur 2-3 tahun di kampung dan saya sudah diajar oleh nenek saya tentang cara hidup orang2 kampung.
(kalau setakat main lumpur, bunuh lintah, lastik burung tu memang keja aku tiap2 hari) hahaha...
Hmmmm, apa lagi ya nak nak bgtawu, hmmmmm, oh ya saya ni seorang yang agak friendly la, semua orang yang saya jumpa mesti nak sembang banyak tapi x la selalu sangat, kalu xda topic x sembang la. saya ni juga seorang yang agak pemalu sebenarnya esspecially dengan perempuan la, kalau dengan lelaki memang x arr ( kalau boleh melawak sampai ke pagi pown x kisah hahahah)
Seterusnya saya ini seorang yang mempunyai sifat dimana kalau tension ja mesti nak pergi pantai, sebab saya rasa pantai ni boleh mengubat segala masalah...
![]() |
| hmmm...hebatnya kuasa Allah ciptakan pantai ni kn |
![]() |
| yang ni lebih2 pulak...macam nak tanam diri sendiri lak |
hahahahah...agak pelik tapi benar dan seterusnya saya nak cerita kan tempat di mana saya menuntut ilmu dan di tempat itu lah telah melatih saya dan juga mematang saya dalam dunia yang penuh masalah ni tapi jangan la risau sebab setiap masalah ada PENYELESAIANNYA....
Debut pertama saya dalam dunia pendidikan ni ialah Tadika Taski Abim...yang tu lah tempat pertama saya mengenal apa itu ABC.....Z, tapi sekarang umur saya dah 20 ni dan saya rindu cikgu saya dulu yang memang cukup manjakan saya kadang2 garang macam singa pown ada hahaha, tapi apa pown saya doa kan cikgu pertama saya itu dikurniakan pahala yang besar atas pengorbanan beliau dimana dari situlah saya mula membaca , mengira , menghafal dan memang banyak lah.....
okey, next kita teruskan tempat yang lain pulak nanti x habis2 cita ni...
Tempat seterusnya yang saya menjejaki kaki saya ialah sekolah Kebangsaan Bandara baru Darulaman di Kedah, next selepas itu MRSM Kubang Pasu dimana kat sini lah saya berada dalam empayar budak2 GENIUS....memang gila lah kat sana, semua budak otak saya x tahu la otak ape tapi deorang memang x study sangat pown walaupun asyik main game DOTA ja, deorang punya result hmmmm...MasyaAllah gempak beb...saya ni pulak memang x macam deorang, kena revision memanjang nak wat macam manakan dah diri ni x GENIUS. Tapi saya bersyukur lah apa yang Allah ciptakan dan hasil usaha keras saya itu Allah balas dengan keputusan SPM yang gempak saing dengan budak2 GENIUS tu, heheheheheh
Selepas sudah saya menamatkan pelajaran di MRSM Kubang Pasu, saya jadi lebih kuat kerana sebelum ni saya sudah dilatih bersama kawan yang pandai dalam MRSM tu, saya dah kaji dah macam mana deorang study, makan, tido dan game apa yang deorang selalu main sampai jadi pandai macam tu heheheheh....saya mulamegorak langkah seterusnya yang lebih mencabar dari biasa iaitu memasuki Kolej Profesional MARA Ayer Molek, Melaka...hahahaha macam gi Oversea la pulak padahal dalam negara ja, sori la over sangat...
So, disitu lah tempat yang saya berada sekarang, saya telah menjadi lain dari sebelum ni di mana saya telah mengubah cara saya study hasil daripada kajian saya kat MRSM tu, jawapannya STUDY SMART,NOT HARD ok!!!...
![]() |
| saya dikurniakan partner yang selalu bersaing dan selalu x puas hati dengan saya..hahahaha |
Di kolej ni saya dapat mengenal rakan dari pelbagai negeri dan budaya serta perangai masing2 yang x penah pulak saya tengok hahahaha...tapi x apalah sebab kitorang mesra2 aja...
Kat sana lah aku selalu berjalan jalan makn angin bagai biasalah dah bukan budak sekolah dah kan...hahahah...saya dah mula berjauhan dari keluarga yang berada di Kedah, so rindu tu sekali sekala datnag la jugak kat dalam otak saya ni walaupown selalu x melekat kat rumah dulu...tapi apa pown nak melepaskan rindu tu saya merantau lah seluruh Melaka..
![]() |
| duit elaun pertama beli kasut ni....hahahah |
Selain itu, sya juga aktif dalam kokurikulum kat sana maklumlah kalau p study ja memang stress lah kan, so kenalah aktif dalam sukan dan sebagainya dan yang paling rasa gempak ckit....Askar Wataniah la...mental kena CEKAL....
![]() |
| Berjuang demi markah Kokurikulum...hahahaha kalau x lulus kena repeat |
Lastly , inilah dapat saya menterjemahkan kisah silam saya kepada anda dan thank you kerana sudi baca sampai habis walaupown x menarik dari kisah hidup orang lain kan, tapi inilah hidup yang perlu kita teruskan walaupun dimana ketetapan tuhan terhadap kita selepas ini kita Go On je janji jangan lupa tuhan, jangan lupa asal usul, jangan lupa tanggungjawab terhadap ibu bapa dan juga Allah SWT...so, saya sebagai pelajar yang bercita2 besar bak tingginya Gunung Everest perlu usaha lebih gigih demi merealisasikan hasrat untuk bergelar JUTAWAN...
dah habis la.....






No comments:
Post a Comment