Saturday, 30 May 2015

Cuti Nak Buat Apa ?

Assalamualaikum dan bismillah...

Apo kabar suma...
Cuti nak buat apa?
Makan tido bangun makan lagi dan tido lagi ? ish2..rugi tau cuti kalau buat macam tu beb...

Meh sini abang2 kakak2 sekalian kita manfaatkan cuti kita dengan aktiviti yang dapat beri impak positive kat diri kita ni, jangan la asyik nak habiskan cuti dengan sia2 macam tu ja...

Part Time Job di Rumah  
Ramai yang fikir keja part time ni gaji sikit la, penat la, dan macam2 alasan lagi la nak bagi. Tapi kita kena ingat alasan yang kita bagi tu lah yang makan diri kita tau...




Part time job ni bukan maksudnya kena keja angkat besi, bawak lori kayu balak, bancuh simen...kalau keja tu memang la penat, sapa suruh pi wat benda macam tu hahaha...sekarang ni zaman dah moden dan kita lupa yang apa kita buat kat rumah seharian tu boleh wat duit tau...ada la manfaat jugak kan...

Di sini saya ada benda nak share la kat korang apa benda tu yang keja part time yang boleh buat duit tu dan x penat? Nak tahu x?

1. Affiliate Program
Ramai orang tak tawu lagi apa benda laaa affiliate ni? hahaha...OK saya akan terangkan maksud apa itu Affiliate? Affiliate ni keja dia ialah kita promote ja barang orang lain (Product orang lain) sampai dapat jualan. Lepas tu tuan punya barang tu akan bagi upah (Komisen) kat kita yang dah berjaya promote barang dia...

Haa senang ja kan, tapi mesti korang fikir cara nak promote barang tu kan?

Cara dia tak susah la, korang cuma guna la medium internet yang korang selalu guna tu macam Wechat,Wassapp,Instagram FB dam macam lagi la...Rugi tau x korang sekarang ni sangat mudah nak buat duit tapi asyik lalai dengan benda lain.Jangan la membazir masa macam tu ja abang dan kakak sekalian. Cuba try benda ni...

Antara laman web yang menawarkan program ni ialah :
www.clickbank.com
www.amazon.com
www.irfankhairi.com
dan yang lain tu boleh lah rujuk kat sini --> Program Affiliate (Malaysia's Affiliate)

Cuti nak nak buat apa? Buat lah benda ni...hehehe

2. Berblogger
Apa itu blog? Blog merupakan hasil karya seseorang individu itu yang diupload di laman web bagi menyampaikan maklumat kepada pembaca macam korang ni la hahaha...rajin membaca dapat la banyak ilmu kan...

Blog kalau korang nak tawu memang boleh buat duit kalau kena dengan gayanya.memang tak susah pown la, ramai orang sekarang menjadikan blog deorang ni sebagai diari digital deorang. Haa senang kan kalau nak tulis diari tu just taip ja kan dan tak perlu susah-susah nak bazirkan dakwat pen. Pastu bila blog dah ramai pelawat yang datang deorang just Daftar blog deorang dengan Google Adsense yang mana google akan meletakkan iklan deorang kat blog korang. Bila orang klik ja iklan tu, korang akan dibayar denagn sejumlah amount yang agak lumayan dalam nilai Dollar...Menarik kan?

Kalau nak tawu lebih mendalam boleh juga rujuk di --> Google Adsense 

3.E book (produk paling laris)
Yang ketiga ni memang hasilnya x payah nak cakap la, memang berbaloi kalau korang buat bisnes. Ramai jutawan mendapat hasil daripada bisnes ni. Mereka just kongsikan ilmu mereka pada ebook dan jualkan kepada orang ramai yang memerlukan maklumat daripada internet.

Modal nak buat bisnes ni x banyak pown, just perlu sebuah laptop dan talian internet tu ja pown. Pastu ada sedikit ilmu Microsoft Word untuk menaip dan tukarkan apa yang telah ditaip kepada file pdf.

Serius saya cakap kat korang yang ini memang berbaloi kalau korang buat sebab ada just jual copy pdf korang tu ja kat orang ramai. E book ni tujuannya adalah buku digital yang dijual di internet sebagai maklumat untuk menyelesaikan masalah orang di sekeliling korang. Selesaikan masalah orang pown dapat duit kan, best x?

So, fikir-fikirkanlah cuti ni nak buat apa? nak tido makan tengok Tv bagai tu pilihan korang dan kalau nak buat bisnes yang di atas ni pown xda masalah dan lagi bagus...heheheh

Oklah, perkongsian kita sampai di sini sahaja. Apa2 masalah boleh contact Email saya yang saya dah letakkan di page About me...

Assalamualaikum...














Monday, 25 May 2015

Kejayaan Itu Dari 5 Perkara

Assalamualaikum semua...

Kali ni saya cuma nak share tentang pengalaman saya macam mana nak berjaya dalam pelajaran walaupown anda ataupown saya yang menulis ni bukanlah dalam kalangan orang yang genius…


Macam mana pown sudikan lah diri untuk baca entri ni walaupown anda berada di hutan pown…
Heheheheheheh…..

Abang2 dan kakak2 sekalian dengarlah wahai makhluk ciptaan Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi ni…


Selesaikan Rukun Islam dahulu...

First, kita mestilah perlu selesaikan permintaan dari Pencipta kita iaitu Allah SWT, (solat,puasa,zakat dan yang sewaktu dengannya) sebab benda nilah salah satu cara kita nak dapat berkat dalam semua perkara yang kita buat, betul tak?...

Tapi saya percaya abang2 dan kakak2 yang baca entri ni semua baik-baik belaka kan , InsyaAllah apa yang kita buat ni akan dapat kelabihannya kalau ikut apa yang benar dan disuruh oleh Islam…


Relationship dengan ibu bapa...

Second, jagalah hubungan baik kita dengan ibu bapa walaupown sesibuk mana pown kita, jangan lah sakitkan hati deorang. Benda inilah perkara asas kalau nak BERJAYA dalam hidup dan percaya lah bila ibu bapa kita restu dengan kita, semua perkara akan jadi senang walaupown benda tu sangat mustahil untuk kita lakukan…







***Aku ada satu cerita yang mana kawan aku Ali (nama samaran), dia ni memang nakal orangnya wakakakaka tapi satu ja benda pelik yang dia buat dan benda ni aku pown sendiri terkejut walaupown aku ni boleh dikatakan baik dari dia, tapi aku tak buat pown hahaha. Dia kalau nak keluar pergi mana2 mesti bagitau IBU dia ke mana saja dia nak pergi dan setakat ni dia x pernah lagi excident walaupown dia x penah bawak dalam kelajuan kuarang dari 120km/h hahahaha. Inilah yang dipanggil restu ibu restu tuhan juga ye..


***Satu lagi sebelum exam dia akan call ibu dia untuk minta restu walaupown aku tengok dia memang xda harapan nak lulus, tapi kuasa tuhan maybe mak dia yang berdoa kat tuhan bagi dia dapat buat dan keputusan dia memang xda fail sampai semester  yang keempat. Wahhhh, ajaib sebenarnya benda ni kalau korang perhatikan betul2. So, kalau kita nak buat apa-apa pown bagitau lah ibu atau bapa kita sebab benda ni memang betul2 berkesan. Biarlah orang nak cakap kita ni anak manja ke apa, janji kita dengan ibu bapa kita 100% baik…


Selalu Memberi...

Next kita pergi ke step yang seterusnya yang mana aku selalu buat walaupown orang cakap salah tapi aku rasa x salah kot hahahaha…

Step yang aku cakapkan tu ialah derma lah sebanyak mana yang kita mampu, tak kisah lah di masjid, tabung bantuan dan dot.dot.dot. Serius aku cakap kat korang yang balasan tak mungkin kita jangka sebab tuhan nak beri tak kira bentuk atau rupa. Lagi satu kalau derma tu kena lah ikhlas dan jangan ada cikit pown riak, benda ni lah yang bagi pahala derma kita tu sia2

***Kat sini pown aku ada lagi cerita...ceritanya bermula disini dimana Jutawan Minyak Wangi, namanya aku x berapa ingat sangat tapi yang dapat aku nak kongsikan ialah beliau dahulu merupakan seorang peniaga kecil-kecilan di uptown Jalan Hang Tuah,Melaka...beliau hanya jual minyak wangi sahaja kalau kita tahu berniaga kecil macam tu mana nak kaya kan?...tapi beliau telah dikejutkan dengan satu benda ajaib ...

Pada suatu hari bila dia telah rasa yang dia dah x mampu lagi nak teruskan hidup dengan pendapatan yang x seberapa dengan nak tanggung anak bini lagi...dia pergi ke masjid di kawasan Duyong,Melaka x silap aku la...dia sujud kat tuhan dan doa minta pertolongan kat Maha Pencipta (sambil menangis)...dan last sekali nak tawu x apa yang dia buat, dia dermakan semua duit yang ada dalam simpanan beliau dan niatkan " Ya Allah! Aku sedekahkan semua duit (RM700) yang aku ada ni dan aku berserah kepada Mu, Aku dah x tawu kemana lagi arah yang aku nak tuju dan aku laburkan duit aku ni ke jalanMu Ya Allah"

Pada keesokannya, beliau mendapat panggilan dari isteri beliau dengan satu beita ajaib...Isteri beliau sampaikan " Abang! tadi ada orang beli minyak wangi abang jual aritu, dia Bank In RM35000"...kai beliau terus kaku dan rebah sujud syukur di tepi jalan raya (waktu tu dia tengah berjalan kaki pulang dari makan di sebuah restoran...



Abang2 n Kakak2 sekalian, keajaiban itu kita x dapat ukur dengan kata2...segalanya telah berubah sekarang.Beliau merupakan salah seorang Jutawan Minyak Wangi dan mendapat pengiktirafan Minyak Wangi Alkohol Halal Pertama pada awal tahun 2015...

Kisah ni memang kisah benar yang dapat saya kongsikan denagn anda semua, saya sendiri dengar dari mulut beliau ceritakan kisah jatuh bangun beliau dalam dunia perniagaan...(kat Wisma Negeri, Melaka)



Minta kepada Pencipta...


Doa itu memang penting bagi kita yang beragama Islam dan siapa lagi kita nak bergantung selain manusia. Kita pown tahu kan yang Maha penberi Rezeki kepada umatNya. So, di situ lah kita berdoa banyak kat banyak2 apa yang kita hajatkan…

***Syaitan yang derhaka kat ﷲ  sangat2 pown mintak nak dipanjangkan umur hingga kiamat pown dimakbulkan, xkan kita hamba mintak doa x dimakbulkan pulak kan, berdoalah dan percayalah mesti dimakbulkan. Cuma kita x tahu bila doa yang kita mintak tu menjelma dan sentiasalah bersangka baik…


Syukur Itu Lebih Indah...


Last sekali, kita patut buat dan jangan la abang2 n kakak2 lupa yang bahawa kita kenalah syukur selepas kita dapat sesuatu yang kita ingin. Korang nak tawu x yang syukur tu lebih tinggi martabatnya dari sabar…

***Setengah orang kalau dia x dapat apa yang dia nak mestilah dia cakap ‘sabar la, nak wat macam mana xda rezeki’ tapi belum tentu dia akan syukur kalu dia dah dapat apa yang dia nak. sangat suka kalau orang syukur sebab benda ni yang nak menunjukkan yang sifat menghargai sesuatu dalam diri kita…



Dan inilah Kejayaan Itu Dari 5 Perkara yang dapat saya Share dengan Abang n Kakak sekalian + Cerita yang saya telah alami sendiri...sebarang kesalahan tolong betulkan ye...saya ni budak yang masih haus akan ilmu yang x pernah habis...;) Thank You