Sunday, 20 September 2015

Kedua dua peniaga ini boleh buat duit


Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Salam Jootawan 

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda,
Tentang 2 jenis peniaga yang mungkin anda tidak tahu.



Kedua dua peniaga ini boleh buat duit,boleh kaya,
tetapi yang peniaga kedua akan lebih “relax” berbanding yang pertama

  • Self employed

Self employed ini adalah mereka yang bekerja sendiri
atau ada membuka bisnes sendiri.Sebagai contoh membuka kedai makan,membuka bengkel “repair” motosikal atau membuka kedai jahit.

Bisnes seperti ini,akan diuruskan oleh anda dan hanya anda seorang.hanya anda boleh masak masakan yang sedap,yang boleh baiki motosikal tau hanya anda yang boleh menjahit .

Bayangkan kalau anda sakit,
siapakah yang akan Masak?
yang akan baiki motosikal atau menjahit??
Sebab itu peniaga jenis ini,
perlu cepat-cepat tukarkan peniagaan mereka menjadi yang kedua ini

  • Business Owner

               
Business owner ini adalah mereka yang meniaga secara sistematik
                
Mempunyai sistem pengurusan yang teratur
Ada staf yang boleh menguruskan perniagaan.
                
Jadinya,anda datang atau tidak ke pejabat atau premis perniagaan,bisnes anda akan tetap berjalan tanpa masalah

Jadi,peniaga yang masih berada dalam jenis yang pertam,perlu cepat cepat tukarkan bisnes anda kepada jenis yang kedua.Supaya anda tak perlu BERNIAGA SAMPAI TUA


Make your Choice...heheheheeh

bye....thank sebab sudi baca...

Assalamualaikum...

Wednesday, 2 September 2015

10 CARA BAGAIMANA BANGKIT DARI JATUH

Saya nak kongsi nasihat dan pesanan dari kawan saya.

Harap yang membaca ini dapat perolehi sedikit manfaat bagi diri 
 
10 CARA BAGAIMANA BANGKIT DARI JATUH



1. Pertama sekali kena mengaku bahawa SEMUA silap berpunca dari kita

2. Istighfar banyak banyak. Reset diri sendiri ke zero point

3. Set matlamat baru. Lebih tinggi dari yang dicapai sebelum ini.

4. Lupakan masa gemilang lepas, lupakan waktu riang lepas. Anggap segala bermula dari tiada. Dari tiada kepada ada. From zero to hero. Build from nothing

5. Asingkan kawan negatif dan positif, tinggalkan yang negatif dan mixed dengan positif people.

6. On connection dengan Allah SWT, Off connection dengan makhluk yang tak memberi manfaat. Keep attached dengan Allah.

7. Bahagi masa kepada 3 bahagian, rehat, kerja dan ibadat.

8. Believe, believe dan believe. Percaya dan yakin 1000% akan bangkit semula

9. Banyak tersenyum dari merenung. Walaupun yang dapat musibah ataupun pun kebaikan.

10. Buat , buat dan buat. Jangan pandang belakang, kiri kanan , side mirror pun jangan tengok. Jalan terus sahaja.

Semoga membantu.

Jika anda berminat mendapatkan suntikan kerohanian yang berkaitan dengan bisnes, saya amat sarankan supaya lawati laman facebook saya

Monday, 22 June 2015

[VIDEO] Ketua kelas ni Comel tapi garangnya ya ampun...

Assalamualaikum dan bismillahirrahmanirrahim...

apa khabar semua ?

Kali ni aku nak share dengan korang sebuah kisah seorang budak darjah tiga yang berpewatakan seperti seorang yang dewasa yang kita jarang jarang nak nampak sekarang.

Perwatakan garangnya kekadang bagi kita yang dah dewasa ni agak kelakar jugak la, hahahah

Kecian la tengok budak budak dalam kelas tu kena marah...alaaaa kena dera ke ? x lah ini cuma nak nasihat ja tu hahahah.

mai la tengok apa budak budak ni kena dengan ketua kelas yang garang tapi comel, perempuan pulak tu


haaaaa, dah tengok dah si comel tu beraksi? hahahahaha...kecian la tengok adik adik lelaki kena marah. Muka masing masing sedih ja dan semua tak berani melawan.

Apa apa pown terbaik la ketua kelas ni tegas.


Sunday, 21 June 2015

[VIDEO] Sanggup ke lihat benda macam ni berlaku pada keluarga sendiri? Bahaya betul...


Assalamualaikum dan bissmillahirrahmanirrahim...

Dalam tak sedar banyak di Malaysia tanah air kita ini memang dah sentiasa begelumang dengan masalah masalah jenayah yang kita x disangka sangka.

Baru baru ni kita dikejutkan dengan tradjedi rampasan kapal Orkim Harmony oleh lanun2 yang entah dari mana datang. Haihh, memang pening kepala dan rasa takut tu sentiasa bermain dalam pemikiran ni kalau nak pergi kemana pun.

[VIDEO] Sanggup ke lihat benda macam ni berlaku pada   keluarga sendiri?

Moga moga penerangan dalam video di atas dapat memberi manfaat kepada kita supaya berhati hati kalau nak kemana pun. Klau boleh bawa lah bersama sekali suami yang mana dah bersuami tu dan yang belum tu jangan lah berseorangan jika ingin pergi ke tempat yang kita tak tahu.

Pesanan ini ikhlas dari saya kepada semua pembaca pembaca serta saudara seislam kita yang lain.Ayuhlah kita berdoa agar kita dapat dijauhkan dari jenayah ini terutama sekali ahli keluarga kita. Sentiasalah berpesan kepada mereka yang tersayang.

Ya Allah, jauhilah kami daripada perkara yang diluar pemikiran kami yang mana kami tidak menyukainya...Ameen

Tuesday, 16 June 2015

Macam mana nak pastikan HandPhone Anda Smooth ?

Assalamualaikum dan bismillahirrahmanirrahim…


Hai kawan kawan semua, kali ni aku nak try la post pasal gadget pulak memandangkan semua dah pakai tak kiralah dari yang muda mahupun yang tua kan. Maklumlah zaman dah semakin maju dan la ni memang senang sangat nak dapat handphone ni. Dari RM100 dan keatas serta pelbagai jenis corak dan warna dan apa apa lagi lah hahaha.




Entry kali ni aku nak share cikit cara nak pastikan handphone anda smooth selalu bila nak guna. Siapa yang tak suka phone dia laju? Habaq mai…


Ok, aku akan share kan app yang anda patut guna untuk pastikan impian anda untuk lajukan phone anda berjaya.


Semuanya ni banyak saya download dari PlayStore ja. Tak susah mana pown tapi berkesan la app ni dan tak banyak susahkan kita.


Ni dia!!!




App ni memang bagus lah kalau ampa semua nak tau app ni akan clean phone ampa dari Virus, Junk File dan Big File yang bagi phone anda semakin berat.



Selain tu app ni ada satu lagi security yang mana app ni akan snap gambar orang cuba curi curi buka phone anda bila dia salah masukkan password. So, anda akan dapat detect la sapa penceroboh tu heheheh. Yang ni la paling aku suka sebab dapat detect kawan aku yang tipu aku cakap nak pinjam phone main game ja, tapi buka mesej orang..hahaha..kan dah kena tangkap.


Next, yang ni function dia berguna jugak untuk anda kalau kalau dah lupa phone tu dah hilang and tak tau ada kat mana, app ni boleh tolong detectkan asalkan anda dah daftarkan no phone anda kat system dia, nice la aku dah try.


Last sekali function ni memang sangat membantu la korang yang mana yang tak cukup memory dalam phone tu dia ada sedia kan satu website yang anda boleh simpan gambar ka, video ka supaya bagi ringan cikit phone tu, tak la berat sangat kan...hmmm oklah setakat nilah aku boleh terangkan serba sedikit kalau nak terang kan semua memang banyak yang penting kalau ampa semua guna sendiri benda ni memang ampa akan faham. so, cuba cubalah berjinak dengan app ni ye kalau nak handphone anda smooth ya.


Ok, thank you semua jumpa lagi di lain masa dan waktu…


Assalamualaikum…

Sunday, 14 June 2015

Apa Kaitan Kejayaan Dengan Waktu Tidur ?

Assalamualaikum dan bismillahirrahmanirrahim…

Apa khabo suma sihat ke ?
Ramadhan dah semakin hampir apa aktiviti yang anda semua rancang?
Xkan nak tido ja kan dalam bulan puasa ni, x syok la kalau macam tu. Abang kakak sekalian kena la kuat. Kalau kita nak berjaya kenalah gentle dalam bulan Ramadhan ya .

Hmmm saya ada benda nak share ni, x salah kalau kita nak tido di siang hari dalam bulan Ramadhan ni tapi kita kena la tahu waktu bila yang sesuai untuk kita tido tu. Kalau silap pilih masa dia akan kot lain pulak hahaha.



Tau dak abang kakak sekalian yang ada tiga jenis tido di siang hari yang perlu kita peka dengan kesan dan akibatnya.Tuhan ciptakan malam supaya manusia berehat dan bangun bekerja pada siang hari tapi bukan bermaksud kita ni x leh nak tido siang. Ada waktunya yang kita perlu pilih. Nak bejaya pown ada kena mengena dengan tido ka ? 

Apa Kaitan Kejayaan Dengan Waktu Tidur ?

hahahah…memang ada bro.

Waktu tidur dan kesan  bagi orang yang berjaya :
  • Hailulah  (Tidur selepas solat Subuh)

Waktu tido ni tidak baik untuk kita sebagai umat Islam sudah diperingatkan yang tido selepas subuh ni ada kesan yang yang x baik untuk kita.

Kesannya kepada kita ialah rezeki yang telah ditetapkan kepada insan yang tido tu akan terhijab serta tidak dimurahkan rezeki. Hal ni kalau abang kakak suma nak tau orang yang pergi memancing ikan pada waktu pagi lebih senang nak dapat ikan berbanding yang bangon tengah hari terpacak pastu nak p memancing. Memang x la ikan tu nak makan kan, ikan tu dah cari makan awal pagi lagi.



So, kat sini kita yang mana student tu kalau cuti cuba2 lah jangan tido selepas subuh. Buat la apa yang patut baca buku ka InsyaAllah senang masuk. Rezeki yang dicakapkan tu bukan lah duit atau makanan semata2. Tapi ilmu tu pown dikira ilmu tau.

  • Qoilulah (tidur sekejap sebelum solat Zohor 30 minit – 1 jam

Inilah waktu tidur yang elok lah bagi suma orang yang mana nak buat kerja pada waktu malam tu sebab waktu tido nip own diamalkan oleh para Sahabat dulu sebab nak kumpul tenaga depa untuk beribadat pada waktu malam nanti.

So, waktu nilah kalau abang kakak nak tido waktu siang macam ni. Benda terbukti yang orang yang tido sekejap dalam waktu zohor lebih cenderung untuk buat banyak keja pada waktu malam sebab badan kita automatic akan cergas balik kalau kita luangkan masa untuk pada waktu ni.

  • A'ilulah (tidur selepas solat Asar)

Ohhh, yang ni memang cukup bahaya bagi yang sedang mengamalkan tido macam ni. Dalam banyak2 waktu, waktu ni la mata memang senang nak pejam kalau yang x beriadah. So, buang la tabiat ni cebab tabiat ni akan makan diri kita balik.

Kesan bagi yang duk amalkannya ialah dia mudah diserang penyakit dan mudah gelisah jiwa dan mental, hati dan perasaan. Korang perasan x yang bila kita tido petang pastu bangun magrib, tetiba ja kita blurr sekejap. Pernah x jadi macam tu haaaa, sebab otak kita x dapat proses dengan laju. So, sebab ni la yang menjadikan otak seseorang tu elmbab kalau duk amalkan tida macam ni. Orang yang selalu amalkan tido macam ni selalunya cepat jadi pemarah, panas baran n badan lemah serta senang kena penyakit.

So, nasihat saya ni kalau nak tido sangat tu tunggu lah waktu malam ka atau waktu zohor tadi ka sebab waktu ni amat dilarang tido. Inilah salah satu amalan daripada orang yang BERJAYA dan SIHAT

Ok lah ini saja yang dapat saya nak kongsikan dengan abang kakak sekalian…

Thankz ya kalau dah terbaca sampai habis…walau x semenarik mana macam entry abang kakak sekalian kan…


Assalamualaikum….

Wednesday, 10 June 2015

My Long Holiday

Assalamualaikum dan bismillahirrahmanirrahim…

Hi semua, dah puas bercuti ke belom?

Mestilah puaskan dah panjang berjela cuti tu. Yang mana yang nak bela lemak dalam perut tu mesti dah tercapaikan azamnya…hahahah…mana x nya asyik makan tido ja pastu yang pi jejalan dengan keluarga tu mesti best kan.

Kali ni saya nak cerita cikit apa yang saya buat waktu cuti walaupun x sehebat kakak n abang sekalian. Cuti saya kali ni banyak menghabiskan masa dengan khidmat masyarakat ckit yang mana khidmat ini ada upahnya ckit hahahaha.



Apa yang saya buat tu? Hmmmm…

  •      Khidmat membersihkan halaman rumah yang dah macam hutan, semak samun, paya bakau.



Khidmat ini amat diperlukan bagi menceriakan lagi halaman rumahku yang dah lama terbiar. Kalau tengok dah macam apa tah nak cakap dengan rumput ada yang panjang pendek dan botak pown ada. Ish, memang x ceria langsung lah kalau tengok. So terdetik dalam hati saya nak buat pahala cikit dengan menebas rumput yang dah menguasai ruangan halaman rumahku itu.




Ni lah gambar hutan tropika tu...



Nilah gambar semasa melakukan tugas ( nampak macam pesawa kan )…ramai kawan cakap ada bakat nak jadi pesawah ni…





Ehem2…ni lah hasilnya, OK  la tu x payah nak lebih2 hahahah...




So, berakhirlah khidmat pertama ku…

1      
  •    Khidmat sebagai Catering di majlis kenduri bersama sepupu.



Fuhhh, khidmat ni ada yang letih dan ada yang best dan ada juga yang tak sangka. Hal yang letihnya mestilah kena angkat meja , kerusi , jaga budak2 kecik yang asyik kacau orang yang nak buat keja. 



Tapi kekadang budak kecik ni depa baik jugak tolong kami ni buat keja contohnya macam urut badan kami bila dah kami dah habis kemas barang2 majlis kenduri tu…hahaha…sapa suruh kacau orang buat keja tadi, kan kena balik.
nampak x tukang urut tiga orang tu...

Hal yang bestnya dalam majlis ni mestilah dapat sembunyi lauk yang sedap2 tu. Hahahaha, penat tau angkat meja tadi so kami perlukan recharge tenaga kami kembali ambil lauk yang sedap2 tu hahahah.






Tudia lauk kenduri tu….sapa kata aku x reti masak, habaq mai...



Tapi dalam buat keja tu x sangka ada satu masa tu sepupu belah ayah kepada abang kepada ayah yang kami x penah pown ada datang dan x sangka la dapat kenal dengan depa. Dapat la rapatkan hubungan sillaturrahim cikit kan. Tapi yang pelik nya sebelum ni x penah nampak pown muka depa ni tetiba mak saya cakap yang depa ni saudara terdekat saya. Waktu 2 percaya sajalah nak buat macam mana kan.

So, pengajaran kat sini kita pergilah kenduri kalau2 ada orang jemput dan bukannya apa. Ini untuk kita kenal la sapa yang datang tu dan dapat la wujudkan ikatan ukhwah dengan depa kan.
1
  •        Khidmat sebagai peserta rombongan keluarga  ke Perak.


Hahahah… khidmat yang ni best, sebab jadi peserta ikut rombongan pi Perak. Khidmat ni just perlu masuk duduk dalam keta dan tido. Pastu bila sampai ke destinasi dan enjoy…hahaha…sebab tu best.
Banyak tempat saya saya dan keluarga saya pi kat perak tu, tapi tujuan utama ialah melawat rumah abang saya kat Bidor,Perak.


Ni lah rumah abang saya…besar kan




Bila zoom jauh ckit, nak amekau dalam kelapa sawit rupanya. 


Abang saya kerja sebagai Assistant Manager bahagian pengurusan Ladang Kelapa Sawit…sebab tu syarikat bagi rumah dalam hutan ni. Terpaksa la dia duduk sebab kerja kan.

Next destination saya ialah pergi ke Taman Tema kolam air panas yang mana tidak jauh dari tempat tinggal abang saya tu.di sana saya menikmati rendaman badan ke dalam kolam air panas dengan penuh kusyuk.



Iron man tengah memanaskan badan…



Lepas panaskan badan tetiba ja perut ni mengaum kelaparan. So, saya pergilah memasak telur rebus dalam kolam air panas tu untuk santapan pada masa tu. Tapi bukan lah dalam kolam rendaman badan tu, jangan salah sangka.


Ni dia tempat yang disediakan untuk rebus telur tu..menarikkan...



Habis saja makan tu saya pergi la pulak sambung main air tapi ni bukan nak rendam2 dah. Layan air terjun pulak. Berenang ke sana- sini, lompat sana-sini dekat situ. Maklumlah dah telan telur enam biji tadi, macam mana tak Hiper active.


Tudia yang baju hitam tersengeh-sengeh sorang2 tu



Selepas dua jam berhempas pulas dalam Taman Tema tu saya pown berangkat pulang.Tapi……

Saya tak balik lagi, saya dan keluarga singgah lunch di Restoran di Tepian Sungai namanya. Pelik juga tapi memang betul2 di sebelah Sungai Perak. Di sana dihidangkan dengan hidangan Udang galah yang segar dan baru diangkat dari sungai Perak itu sendiri. Udang di situ memang tip top la dan masakan di sana ada macam jenis ( masak berlada, kari, tomyam, cheese , goreng ,lemak dengan bahan utamanya udang galah. Kalau rasa2 nak cuba datang lah rasa…heheheh




Sslllrrrppppppppp….dap nya

Selapas tu barulah saya sekeluarga pulang kerumah untuk beristirehat.

Setakat inilah percutian saya yang dapat saya kongsikan dengan anda semua dan sesapa yang nak kongsi maklumat percutian dengan saya boleh lah send2 link blog ke ataupown laman web korang di email saya akmalfahmi950213@yahoo.com ataupown di Google+
InsyaAllah saya baca blog korang, kita kongsi2 lah cerita ye

Assalamualaikum dan Thank ye.






















Saturday, 30 May 2015

Cuti Nak Buat Apa ?

Assalamualaikum dan bismillah...

Apo kabar suma...
Cuti nak buat apa?
Makan tido bangun makan lagi dan tido lagi ? ish2..rugi tau cuti kalau buat macam tu beb...

Meh sini abang2 kakak2 sekalian kita manfaatkan cuti kita dengan aktiviti yang dapat beri impak positive kat diri kita ni, jangan la asyik nak habiskan cuti dengan sia2 macam tu ja...

Part Time Job di Rumah  
Ramai yang fikir keja part time ni gaji sikit la, penat la, dan macam2 alasan lagi la nak bagi. Tapi kita kena ingat alasan yang kita bagi tu lah yang makan diri kita tau...




Part time job ni bukan maksudnya kena keja angkat besi, bawak lori kayu balak, bancuh simen...kalau keja tu memang la penat, sapa suruh pi wat benda macam tu hahaha...sekarang ni zaman dah moden dan kita lupa yang apa kita buat kat rumah seharian tu boleh wat duit tau...ada la manfaat jugak kan...

Di sini saya ada benda nak share la kat korang apa benda tu yang keja part time yang boleh buat duit tu dan x penat? Nak tahu x?

1. Affiliate Program
Ramai orang tak tawu lagi apa benda laaa affiliate ni? hahaha...OK saya akan terangkan maksud apa itu Affiliate? Affiliate ni keja dia ialah kita promote ja barang orang lain (Product orang lain) sampai dapat jualan. Lepas tu tuan punya barang tu akan bagi upah (Komisen) kat kita yang dah berjaya promote barang dia...

Haa senang ja kan, tapi mesti korang fikir cara nak promote barang tu kan?

Cara dia tak susah la, korang cuma guna la medium internet yang korang selalu guna tu macam Wechat,Wassapp,Instagram FB dam macam lagi la...Rugi tau x korang sekarang ni sangat mudah nak buat duit tapi asyik lalai dengan benda lain.Jangan la membazir masa macam tu ja abang dan kakak sekalian. Cuba try benda ni...

Antara laman web yang menawarkan program ni ialah :
www.clickbank.com
www.amazon.com
www.irfankhairi.com
dan yang lain tu boleh lah rujuk kat sini --> Program Affiliate (Malaysia's Affiliate)

Cuti nak nak buat apa? Buat lah benda ni...hehehe

2. Berblogger
Apa itu blog? Blog merupakan hasil karya seseorang individu itu yang diupload di laman web bagi menyampaikan maklumat kepada pembaca macam korang ni la hahaha...rajin membaca dapat la banyak ilmu kan...

Blog kalau korang nak tawu memang boleh buat duit kalau kena dengan gayanya.memang tak susah pown la, ramai orang sekarang menjadikan blog deorang ni sebagai diari digital deorang. Haa senang kan kalau nak tulis diari tu just taip ja kan dan tak perlu susah-susah nak bazirkan dakwat pen. Pastu bila blog dah ramai pelawat yang datang deorang just Daftar blog deorang dengan Google Adsense yang mana google akan meletakkan iklan deorang kat blog korang. Bila orang klik ja iklan tu, korang akan dibayar denagn sejumlah amount yang agak lumayan dalam nilai Dollar...Menarik kan?

Kalau nak tawu lebih mendalam boleh juga rujuk di --> Google Adsense 

3.E book (produk paling laris)
Yang ketiga ni memang hasilnya x payah nak cakap la, memang berbaloi kalau korang buat bisnes. Ramai jutawan mendapat hasil daripada bisnes ni. Mereka just kongsikan ilmu mereka pada ebook dan jualkan kepada orang ramai yang memerlukan maklumat daripada internet.

Modal nak buat bisnes ni x banyak pown, just perlu sebuah laptop dan talian internet tu ja pown. Pastu ada sedikit ilmu Microsoft Word untuk menaip dan tukarkan apa yang telah ditaip kepada file pdf.

Serius saya cakap kat korang yang ini memang berbaloi kalau korang buat sebab ada just jual copy pdf korang tu ja kat orang ramai. E book ni tujuannya adalah buku digital yang dijual di internet sebagai maklumat untuk menyelesaikan masalah orang di sekeliling korang. Selesaikan masalah orang pown dapat duit kan, best x?

So, fikir-fikirkanlah cuti ni nak buat apa? nak tido makan tengok Tv bagai tu pilihan korang dan kalau nak buat bisnes yang di atas ni pown xda masalah dan lagi bagus...heheheh

Oklah, perkongsian kita sampai di sini sahaja. Apa2 masalah boleh contact Email saya yang saya dah letakkan di page About me...

Assalamualaikum...














Monday, 25 May 2015

Kejayaan Itu Dari 5 Perkara

Assalamualaikum semua...

Kali ni saya cuma nak share tentang pengalaman saya macam mana nak berjaya dalam pelajaran walaupown anda ataupown saya yang menulis ni bukanlah dalam kalangan orang yang genius…


Macam mana pown sudikan lah diri untuk baca entri ni walaupown anda berada di hutan pown…
Heheheheheheh…..

Abang2 dan kakak2 sekalian dengarlah wahai makhluk ciptaan Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi ni…


Selesaikan Rukun Islam dahulu...

First, kita mestilah perlu selesaikan permintaan dari Pencipta kita iaitu Allah SWT, (solat,puasa,zakat dan yang sewaktu dengannya) sebab benda nilah salah satu cara kita nak dapat berkat dalam semua perkara yang kita buat, betul tak?...

Tapi saya percaya abang2 dan kakak2 yang baca entri ni semua baik-baik belaka kan , InsyaAllah apa yang kita buat ni akan dapat kelabihannya kalau ikut apa yang benar dan disuruh oleh Islam…


Relationship dengan ibu bapa...

Second, jagalah hubungan baik kita dengan ibu bapa walaupown sesibuk mana pown kita, jangan lah sakitkan hati deorang. Benda inilah perkara asas kalau nak BERJAYA dalam hidup dan percaya lah bila ibu bapa kita restu dengan kita, semua perkara akan jadi senang walaupown benda tu sangat mustahil untuk kita lakukan…







***Aku ada satu cerita yang mana kawan aku Ali (nama samaran), dia ni memang nakal orangnya wakakakaka tapi satu ja benda pelik yang dia buat dan benda ni aku pown sendiri terkejut walaupown aku ni boleh dikatakan baik dari dia, tapi aku tak buat pown hahaha. Dia kalau nak keluar pergi mana2 mesti bagitau IBU dia ke mana saja dia nak pergi dan setakat ni dia x pernah lagi excident walaupown dia x penah bawak dalam kelajuan kuarang dari 120km/h hahahaha. Inilah yang dipanggil restu ibu restu tuhan juga ye..


***Satu lagi sebelum exam dia akan call ibu dia untuk minta restu walaupown aku tengok dia memang xda harapan nak lulus, tapi kuasa tuhan maybe mak dia yang berdoa kat tuhan bagi dia dapat buat dan keputusan dia memang xda fail sampai semester  yang keempat. Wahhhh, ajaib sebenarnya benda ni kalau korang perhatikan betul2. So, kalau kita nak buat apa-apa pown bagitau lah ibu atau bapa kita sebab benda ni memang betul2 berkesan. Biarlah orang nak cakap kita ni anak manja ke apa, janji kita dengan ibu bapa kita 100% baik…


Selalu Memberi...

Next kita pergi ke step yang seterusnya yang mana aku selalu buat walaupown orang cakap salah tapi aku rasa x salah kot hahahaha…

Step yang aku cakapkan tu ialah derma lah sebanyak mana yang kita mampu, tak kisah lah di masjid, tabung bantuan dan dot.dot.dot. Serius aku cakap kat korang yang balasan tak mungkin kita jangka sebab tuhan nak beri tak kira bentuk atau rupa. Lagi satu kalau derma tu kena lah ikhlas dan jangan ada cikit pown riak, benda ni lah yang bagi pahala derma kita tu sia2

***Kat sini pown aku ada lagi cerita...ceritanya bermula disini dimana Jutawan Minyak Wangi, namanya aku x berapa ingat sangat tapi yang dapat aku nak kongsikan ialah beliau dahulu merupakan seorang peniaga kecil-kecilan di uptown Jalan Hang Tuah,Melaka...beliau hanya jual minyak wangi sahaja kalau kita tahu berniaga kecil macam tu mana nak kaya kan?...tapi beliau telah dikejutkan dengan satu benda ajaib ...

Pada suatu hari bila dia telah rasa yang dia dah x mampu lagi nak teruskan hidup dengan pendapatan yang x seberapa dengan nak tanggung anak bini lagi...dia pergi ke masjid di kawasan Duyong,Melaka x silap aku la...dia sujud kat tuhan dan doa minta pertolongan kat Maha Pencipta (sambil menangis)...dan last sekali nak tawu x apa yang dia buat, dia dermakan semua duit yang ada dalam simpanan beliau dan niatkan " Ya Allah! Aku sedekahkan semua duit (RM700) yang aku ada ni dan aku berserah kepada Mu, Aku dah x tawu kemana lagi arah yang aku nak tuju dan aku laburkan duit aku ni ke jalanMu Ya Allah"

Pada keesokannya, beliau mendapat panggilan dari isteri beliau dengan satu beita ajaib...Isteri beliau sampaikan " Abang! tadi ada orang beli minyak wangi abang jual aritu, dia Bank In RM35000"...kai beliau terus kaku dan rebah sujud syukur di tepi jalan raya (waktu tu dia tengah berjalan kaki pulang dari makan di sebuah restoran...



Abang2 n Kakak2 sekalian, keajaiban itu kita x dapat ukur dengan kata2...segalanya telah berubah sekarang.Beliau merupakan salah seorang Jutawan Minyak Wangi dan mendapat pengiktirafan Minyak Wangi Alkohol Halal Pertama pada awal tahun 2015...

Kisah ni memang kisah benar yang dapat saya kongsikan denagn anda semua, saya sendiri dengar dari mulut beliau ceritakan kisah jatuh bangun beliau dalam dunia perniagaan...(kat Wisma Negeri, Melaka)



Minta kepada Pencipta...


Doa itu memang penting bagi kita yang beragama Islam dan siapa lagi kita nak bergantung selain manusia. Kita pown tahu kan yang Maha penberi Rezeki kepada umatNya. So, di situ lah kita berdoa banyak kat banyak2 apa yang kita hajatkan…

***Syaitan yang derhaka kat ﷲ  sangat2 pown mintak nak dipanjangkan umur hingga kiamat pown dimakbulkan, xkan kita hamba mintak doa x dimakbulkan pulak kan, berdoalah dan percayalah mesti dimakbulkan. Cuma kita x tahu bila doa yang kita mintak tu menjelma dan sentiasalah bersangka baik…


Syukur Itu Lebih Indah...


Last sekali, kita patut buat dan jangan la abang2 n kakak2 lupa yang bahawa kita kenalah syukur selepas kita dapat sesuatu yang kita ingin. Korang nak tawu x yang syukur tu lebih tinggi martabatnya dari sabar…

***Setengah orang kalau dia x dapat apa yang dia nak mestilah dia cakap ‘sabar la, nak wat macam mana xda rezeki’ tapi belum tentu dia akan syukur kalu dia dah dapat apa yang dia nak. sangat suka kalau orang syukur sebab benda ni yang nak menunjukkan yang sifat menghargai sesuatu dalam diri kita…



Dan inilah Kejayaan Itu Dari 5 Perkara yang dapat saya Share dengan Abang n Kakak sekalian + Cerita yang saya telah alami sendiri...sebarang kesalahan tolong betulkan ye...saya ni budak yang masih haus akan ilmu yang x pernah habis...;) Thank You