Refleksi Perjuangan Dato Onn Jaafar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam tugasan kali ini saya
akan menghuraikan serba sedikit tentang kisah-kisah salah seorang hero Malaysia
iaitu Dato Onn bin Jaafar yang merupakan pejuang negara ketika dahulu yang
sanggup membanting tulang serta berkerah tenaga demi memeperjuangkan hak rakyat
tanah melayu dimana ketika itu dikucar-kacirkan oleh penjajah yang mementingkan
keuntungan diri mereka. Tatkala di waktu dan semasa Tanah Melayu dipelopori secara
rakusnya oleh penjajah dengan hilangnya kuasa mutlak raja-raja Melayu yang
disanjung maka wujudlah kumpulan-kumpulan yang memperjuangkan hak-hak bagi
penduduk Tanah Melayu yang merasakan campur tangan kuasa luar yang tidak adil
lagi tidak saksama. Oleh itu, saya akan menghuraikan titik-titik perjuangan
Dato Onn Jaafar bersama ahli-ahli beliau yang lain bagi merealisasikan harapan
seluruh penduduk Tanah Melayu untuk merampas kembali hak-hak mereka yang telah
ditindas oleh penjajah iaitu British. Oleh itu marilah kita mengambil tahu
serba sedikit kisah-kisah atau latar belakang Dato Onn Jaafar terlebih dahulu
sebelum kita melihat lebih lagi tentang kisah perjuangan beliau bak kata
perpatah ‘tak kenal maka tak suka’, oleh yang demikian saya mulakan dengan
biodata beliau.
Keluarga
Dato'Onn Bin Jaafar merupakan antara keluarga yang paling berpengaruh di
Johor,
semenjak lewat
abad ke 19 dan sehingga hari ini. Ayahanda beliau, Allahyarham Dato’
Jaafar Haji Mohamed(1838-1919)
merupakan Menteri Besar Johor pertama dan pengasas sistem pentadbiran Kerajaan
Johor,seperti mana yang wujud sehingga hari ini. Berbangsa Melayu dari
keturunan Bugis dan berasal dariDaik. Beliau dilahirkan pada tahun 1838 di Teluk Belanga, Singapura,
dan mendapat pendidikanMelayu dan Inggeris. Beliau adalah berketurunan
Bendahara Paduka Raja Johor dan BendaharaKerajaan Melaka.Ibu Dato Onn Jaafar
ialah Hanim Rogayah seorang wanita Timor Dekat berketurunan Turki.
Beliau
mempunyai 15 orang adik beradik lelaki dan perempuan yang seibu sebapa, sebapa
dan juga seibusahaja. Adik beradik sebapa ialah Mustafa, Rogayah, Aminah,
Fatimah, Khadijah, Abdullah dan Dara.Adik beradik seibu beliau ialah Ungku
Abdul Aziz yang merupakan Menteri Besar Johor sehingga Perang Dunia Kedua,
Ungku Abdul Hamid iaitu ayah kepada Professer Ungku Aziz dan Syed Ali iaituayah
kepada Professer Doktor Syed Hussein Al-Attas dan Doktor Syed Naquib Al-Attas
manakala adik beradik yang seibu dan sebapa dengan beliau ialah Muhammad,
Ahmad, Yahya,
Aishah,
Kamariah danAzizah.Dato
Onn Jaafar telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim sejak daripada kecil. Beliau
merupakan anak angkat kepada sultan. Beliau telah diasuh oleh wanita
Inggeris di Johor Bahru sebeum melanjutkan pelajaran ke England bersama-sama
tiga orang putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku Mahkota Ismail,Tunku Abu Bakar dan Tunku
Ahmad.
Pada tahun 1903, Beliau telah melanjutkan
pelajarannya di Alderburgh
Lodge School, Suffolk, England. Dia ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan
Johor.Anakanda beliau, Allahyarham Tun Hussein Onn (1922-1990) mengikut jejak
langkah untuk aktif dalam politik dan akhirnya menjadi Presiden UMNO ke IV
dan Perdana Menteri Malaysia ke III(Januari 1976- Julai 1981). Cucunda beliau,
Dato’ Hishamuddin
Tun Hussein juga kini aktif dalam politik perdana dan kini
menjawat Ketua Pemuda UMNO (ayahandanya, Kept. Hussein Onn pernahmenjawat
sebagai Ketua Pemuda UMNO pertama) dan Menteri Pelajaran. Sebelum ini beliau
MenteriBelia dan Sukan. Antara ahli ahli keluarga Dato Onn lain yang mencapai
kecermerlangan dalamkerjaya dan bidang masing masing ialah anakanda beliau, Lt.
Jen. (B) Dato’ Jaafar
Onn, mantanTimbalan
Panglima Tentera
Darat, Prof. DiRaja Ungku Aziz Hamid, mantan Naib Canselor UniverisitiMalaya, Allahyarham
Prof. Syed Hussein Al Attas, pengasas Parti Gerakan dan mantan Naib Canselor Universiti Malaya,
Prof. Dr. Syed Naguib Al Attas, pakar ternama falsafah dan pemikiran Islam danTan Sri Datuk Dr. Zeti
Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara (juga Gabenor Bank Negara wanita pertamadi seluruh
Negara-Negara Komanwel.
Refleksi Perjuangan Dato Onn Jaafar
Berdasarkan sejarah Dato
Onn Jaafar, terdapat pentadbiran Inggeris yang datang dengan idea pemerintahan
Malayan Union yang telah melenyapkan keistimewaan dan hak-hak orang Melayu.
Pada Mac 1946, terdapat sebanyak 41 buah persatuan Melayu yang telah berhimpun
di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama
dengan tujuan menentang Malayan Union yang boleh diperlihatkan sebagai ancaman
terhadap hak keistimewaan orang Melayu dan juga kedudukan sultan-sultan
Melayu.Oleh kerana Dato Onn Jaafar aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu,
kongres itu telah melantik beliau sebagai presiden pertama. Boleh diperlihatkan
bahawa Dato Onn Jaafar telah berjaya membakar semangat kalangan orang melayu
supaya menentang Malayan Union iaitu ciptaan penjajah Inggeris. Beliau telah
menyedarkan orang Melayu bahawa Malayan Union merupakan satu ancaman yang akan
melenyapkan bangsa di tanah airnya sendiri. Oleh itu, terdapat beberapa
persidangan yang telah diadakan di Johor Bahru. Selepas itu, UMNO dengan
rasminya telah ditubuhkan. Dato’ Onn telah dilantik menjadi Yang DiPertua. Pada
1 Oktober 1946, Dato’ Onn telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor.
Walaubagaimanapun, beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu
pada 18 Mei 1950 dan seterusnya menumpukan perhatiannya kepada UMNO. Peristiwa
tersebut menunjukkan Dato' Onn Jaafar merupakan lagenda bangsa Melayu dan juga
salah daripada seorang tokoh yang sangat masyhur yang tercatat dalam sejarah
perjuangan kemerdekaan tanah air kita.
Beliau
menyedarkan orang Melayu betapa bahayanya Malayan Union sebagai satu ancaman
yang akan melenyapkan bangsa di tanah airnya sendiri. Beberapa persidangan dan
kongres telah diadakan dan di Kongres Melayu di Johor Bahru pada 11 Mei 1946,
UMNO dengan rasminya telah ditubuhkan. Dato’ Onn telah dilantik menjadi Yang
DiPertua. Pada 1 Oktober 1946, Dato’ Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor.
Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada
UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk
membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1
Februari 1948. Persekutuan Tanah Melayu telah berjaya mengekalkan kedudukan
Raja-raja Melayu dan memperketatkan syaratsyarat kerakyatan, serta memberi hak
istimewa Melayu. Selain daripada pengasas UMNO, Dato Onn juga merupakan
pencetus idea kepada penubuhan RIDA (Rural Industrial Development Authorit)
untuk membantu sosio-ekonomi Melayu.
Pada bulan Oktober 1949, Dato‟ Onn mula
memperkatakan tentang kerjasama dengan kaum-kaum lain. Rentetan dari itu,
beliau telah mencadangkan satu rupa bangsa Tanah Melayu berasaskan pertuturan
satu bahasa. Cadangan ini ditentang oleh ahli –ahli UMNO. Ekorannya, Dato‟ Onn
meletakkan jawatannya pada bulan Jun 1950. Tindakannya diikuti oleh
Jawatankuasa UMNO yang lain kecuali Setiausaha Agung. Dato‟ Onn dipujuk semula
memimpin UMNO dan kembali memegang jawatan pada Ogos 1950. Dalam usaha pihak
British memberi pengalaman pentadbiran kepada penduduk Tanah Melayu, pendedahan
awal telah dibuat ke arah itu. Mulai April 1951, sistem “Ahli” diperkenalkan.
Sistem “Ahli” merupakan peringkat separuh kementerian dan ahli Majlis yang
dilantik bertanggungjawab ke atas jabatan-jabatan dan kerajaan. Pada tahun
1952, semua anggota “Ahli” dimasukkan ke dalam Majlis Mesyuarat. Ini
membolehkan mereka mempunyai pengalaman eksekutif perundangan. Antara
tokoh-tokoh yang pernah dilantik dalam sistem “Ahli” termasuklah Dato’ Onn
Jaafar, Tunku Yaakob Ibn Sultan Abd. Hamid, E.E.C. Thuraisingam, Dr. Lee Tiang
Keng, Dato‟ Mahmud Mat, Kolonel H.S Lee dan Datuk Nik Ahmad Kamil.
Jawatan-jawatan yang diberikan kepada mereka termasuklah hal-ehwal keselamatan
dalam negeri, pertanian dan perhutanan, pelajaran, kesihatan, tanah,
perlombongan dan perundangan.
Satu
perkembangan baru berlaku dalam UMNO apabila slogan „Hidup Melayu‟ digantikan
dengan „Merdeka‟. Ini dipersetujui dalam persidangan agung pada Mac 1951. Dato‟
Onn berpendapat kerajaan British tidak akan memberikan kemerdekaan jika tidak
wujud perpaduan kaum. Dengan itu beliau mencadangkan membuka pintu keahlian
kepada kaum lain dan nama UMNO ditukar daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu kepada Pertubuhan Kebangsaan Malaya Bersatu. Perkataan Melayu
digugurkan dan digantikan dengan perkataan Malaya. Dengan cara ini Dato‟ Onn
berharap agar pintu UMNO akan terbuka untuk kaum lain. Walau bagaimanapun
cadangan beliau dibantah sekerasnya oleh ahli UMNO. Oleh sebab cadangan itu ditentang,
Dato‟ Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis
Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada Ogos 1951. Dato’ Onn kemudian menubuhkan
Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951 bersama rakan-rakannya lain.
Kebanyakan pemimpin utama masyarakat bukan Melayu terutamanya Tan Cheng Lock,
E.E.C. Thuraisingam dan yang lainnya telah memberikan sokongan yang padu
terhadap IMP. Tan Cheng Lock dalam ucapannya pada hari perasmian IMP telah
menyeru kepada semua kaum terutamanya MCA agar memberi kerjasama pada IMP dalam
mencapai matlamatnya iaitu mencapai taraf berkerajaan sendiri dalam tempoh 10
tahun. Mengadakan pilihanraya berasaskan prinsip demokrasi diperkenalkan di
peringkat kerajaan tempatan pada tahun 1953 dan kemudiaannya ke peringkat
perundangan pusat pada tahun 1955.
Refleksi Perjuangan Dato Onn Jaafar
Selain itu, IMP bermatlamat ke arah
memalayanisasikan perkhidmatan awam dan membentuk sebuah perkhidmatan Tanah
Melayu serta memberi pelajaran asas secara percuma kepada kanakkanak di antara
6 hingga 12 tahun. Antara matlamat yang lain pula ialah memberikan kebajikan
sosial terutamanya di kawasan luar bandar, memberi subsidi dan jaminan harga
barangan petanipetani, dan akhir sekali mengadakan reformasi ke atas sistem
feudal di negeri-negeri Melayu. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat
sokongan daripada orang Melayu kerana tidak yakin dengan konsep berbilang kaum.
Orang Cina juga tidak menyokong IMP kerana mereka lebih berminat dengan MCA.
Dato‟ E.E.C. Thuraisingam juga tidak berjaya menarik sokongan orang India.
Dalam pilihan raya pada tahun 1952, IMP kalah dan kekuatannya tidak dapat
dipulihkan. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan
Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Dasar perjuangan Parti Negara ialah
memperjuangkan perpaduan nasional dan raja berperlembagaan. Parti ini juga mahu
taraf berkerajaan sendiri. Dari segi bahasa, bahasa Melayu dan Inggeris
diterima sebagai bahasa rasmi. Keahlian Parti Negara pula terbuka kepada semua
kaum warga Tanah Melayu dan British. Bagaimanapun, keahliannya terdiri daripada
orang Melayu. Sokongan yang diperolehi oleh Parti Negara lebih baik berbanding
IMP terutamanya di negeri Terengganu, Kelantan, Johor Kedah dan Selangor.
Sungguhpun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi
sebarang kerusi dalam pilihan raya pada tahun 1955. Bagaimanapun, Dato Onn
masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya pada umur 62
tahun, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu
Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS. Beliau
menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 18 Januari 1962 ketika berusia 67
tahun dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor. Sumbangan Dato‟
Onn dalam perjuangan ke arah kemerdekaan negara pada hakikatnya tidak boleh
dinafikan. Meskipun ada suara-suara yang melabelkan beliau sebagai pemecahbelah
perpaduan UMNO dan pembunuh semangat kemerdekaan yang amat ghairah diperjuangkan
oleh orang-orang Melayu, beliau tetap merupakan seorang tokoh Melayu terulung
yang mempunyai wawasan yang begitu jauh.
Kesimpulannya,
jasa beliau tetap dikenang dalam sejarah tanah air kita. Beliau merupakan
pejuang kemerdekaan yang sangat besar jasanya, pengasas UMNO, dan tokoh yang
berjaya menggagalkan Malayan Union yang dirancang oleh Inggeris. Kemerderkaan
hari ini yang tercapai pada 31 Ogos 1957 meskipun tidak dianggap sebagai
buah tangan darinya, tetapi sebenarnya adalah merupakan hasil asas yang
dibinanya. Asas dan rangka kemerdekaan yang dilakar oleh Dato‟ Onn tetap
menjadi ikon perintis jalan kepada bangsa Melayu walaupun beliau tidak dianggap
sebagai pemimpin Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan.
RUJUKAN.
HNS 2013, Kenegaraan, Pendidikan Jarak Jauh ( PJJ ), Perak : Universiti
Pendidikan Sultan Idris PRA-U STPM Sejarah Kertas 2 – Ong Loo Chen, Penerbitan
Pelangi